PROFILE SEKOLAH SK PADANG SETAR

 ASAL USUL NAMA SEKOLAH

              Sekolah ini dinamakan SK Padang Setar, kerana mengambil sempena sepohon pokok setar yang besar dan rendang yang letaknya di atas sebuah padang yang tidak begitu luas.Sekolah ini hasil cantuman daripada dua buah sekolah iaitu Sekolah Rakyat Kampung Durian Bador dan Sekolah Rakyat Kampung Sekayu.Lokasinya di tepi jalan Sekayu Kuala Berang, jaraknya 11.6 kilometer dengan Pekan Kuala Berang dan 48.4 kilometer dengan bandar Kuala Terengganu.

PENGASAS-PENGASAS SEKOLAH

              Hasil desakan ketua-ketua kampung dan juga Penghulu Mukim Tersat terhadap pihak yang berkuasa betapa perlunya diadakan sebuah sekolah untuk memberi pelajaran kepada anak-anak mereka. Pada tahun 1951 kedua-dua buah kampung iaitu kampung Sekayu dan Kampung Durian Bador bersetuju membina sebuah bangsal daripada kayu bulat dan beratapkan rumbia secara gotong-royong.Pada bulan Oktober 1951 kedua-dua sekolah itu dibuka dengan rasminya oleh Tuan Baharuddin bin Haji Abdul Raif, Tuan Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganuturut serta dimajlis ini Che Wan Abu Bakar, Tuan Kumpulan Hulu Terengganu dan Encik Abdul Rahman bin Muda Kasim, Penghulu Mukim Tersat. Guru yang mula-mula bertugas di kedua-dua buah sekolah ini ialah Encik Jusah bin Ahmad bagi Sekolah Rakyat Kampung Sekayu dan Encik Abdul Wahab bin Hasan guru bagi Sekolah Rakyat Kampung Durian Bador.